Tuesday, 5 July 2011
SELAMAT DATANG, PENOLONG KANAN HEM YANG BARU KE SEKOLAH INI, EN. MOHD SALIM BIN ISKANDAR
Barisan kepimpinan SMK Felda Besout mengalami perubahan. Penolong Kanan HEM, En. Noor Azmi bin Razali telah berpindah ke SMK Sungkai atas jawatan yang sama dan tempatnya diganti oleh En. Mohd Salim bin Iskandar dari SMK Sheikh Abdul Ghani, Bidor. Selamat menyertai warga SMK Felda Besout, semoga dengan pertukaran ini memberi perubahan dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah ini. Kepada En. Noor Azmi, warga sekolah mengucapkan Selamat Bertugas di tempat baru setelah sekian lama menabur bakti di sini. Jasamu selama 22 tahun di sini akan tetap dikenang.
TAHNIAH KEPADA PASUKAN ATLIT SEKOLAH YANG BERJAYA MENINGKATKAN NAMA SEKOLAH DAN DAERAH BATANG PADANG DALAM MSSM PERINGKAT NEGERI PERAK KALI KE-55

Sekalung Tahniah dan Syabas Pasukan Atlit Sekolah kerana mengungguli kebanyakan acara dalam Kejohanan tersebut. Selain berjaya merangkut 8 pingat Emas dari 12 pingat yang berjaya diraih oleh Kontigen Batang Padang, Muhamad Amiruddin b. Mohd Jamil yang mendapat 3 Emas dan 1 Perak telah dianugerahkan sebagai Olahragawan Negeri Perak bagi Kategori Lelaki 18 Tahun. Dalam acara 400M Lari Berpagar, beliau telah berjaya mencipta rekod baru bagi acara tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)